Saturday, April 24, 2010

Renungan: Kisah 3 Pinggan


Kisah ini dipetik dari email yang di "forward" kan kepada saya. Sekarang, mari kita kongsi sama-sama untuk dijadikan renungan dan tauladan.

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita. Selang
beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam
keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu kita pun terus
meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaannya yang masih
kotor; tidak berbasuh. Pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih,
kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah
bersepai. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun           
serpihan kaca. Tiada nilainya lagi. Kita tiada pilihan lain selain                         
menghumbankannya ke dalam tong sampah yg hina.

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala. Jika Kita kembali kepadaNya dalam
keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus
meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yg selayaknya bagi kita
iaitu Syurga.

Namun jika kita kembali ke hadrat-Nya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan
'basuh' kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita
ke dalam syurga.

Tetapi jika kita kembali kepada-Nya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga
tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan
teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahanam yang hina, ibarat
pinggan yang pecah; tiada nilainya lagi.....


Hargailah masa yang ada, pergunakan ia denagn betul selagi hayat masih ada.
Semoga, kisah ini menjadi tauladan dan iktibar buat kita yang masih berpeluang untuk memperbaiki apa yang kurang pada diri masing-masing. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment